Reka bentuk dan ciri-ciri Rumah_kedai

Rumah kedai mampu mencecah setinggi tiga tingkat di kawasan padat penduduk. Ditunjukkan di sini sebaris rumah kedai tiga tingkat tradisi pertengahan abad ke-20 di Chinatown, Singapura, Art Deco dan stail antarabangsa.

Pelbagai fungsi

Biasanya, rumah kedai terdiri daripada kedai di bahagian bawah yang terbuka kepada laluan awam atau "laluan kaki lima", dan memiliki kediaman peribadi di bahagian atas. Rumah kedai akan berdeket sesama sendiri bagi membentuk baris dengan bahagian hadapan yang sekata, dinding kalis api dan mematuhi selari dengan jalan.

Media

Rumah Kedai sering dijadikan premis penceritaan dalam filem dan rancangan TV di saluran TV utama di Malaysia dan Singapura. Antaranya adalah drama bersiri Rumah Kedai (1989 - 1993)